Powered By Blogger

Saturday 31 December 2011

Perbezaan Samsung Galaxy Note dan Tab 10.1


Kemunculan Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada 11.11.11 di Pavilion KL, Queensbay Mall Penang & AEON Tebrau JB  menggamit perhatianku. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tab ini?

Samsung Galaxy Note


Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Note merupakan peranti yang menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet, dengan paparan skrin bersaiz 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. S pen yang disediakan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menulis atau membuat nota di atas skrin, sama seperti menulis nota di buku nota. Bagi yang suka melukis, memang sangat sesuai melukis menggunakan S pen ini.
Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 dengan cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC.
Bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Tetapi, jika menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam. Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas (boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer).
kelebihan samsung galaxy note
Kelebihan Samsung Galaxy Note
Harga Samsung Galaxy Note di Malaysia : RM2,299.

Samsung Galaxy Tab 10.1

samsung galaxy tab 10.1
Samsung Galaxy Tab 10.1 yang cun :D
Samsung Galaxy Tab 10.1 didatangkan dengan Android 3.1 (Honeycomb) OS terkini, paparan 10.1″ WXGA 1280×800 dan pemprosesan 1GHz Dual Core. Walaupun SGT 10.1 tidak mempunyai Microsoft Office, tetapi ia mempunyai Polaris Office untuk menyokong word dokumen termasuk PDF.
SGT 10.1 menggunakan  4000 mAh bateri yang boleh bertahan sehingga 17 jam pada penggunaan biasa. Berbanding dengan Samsung Galaxy Note, SGT menggunakan pengecas berkepala 30 pin yang hanya boleh dicaj jika disambung kepada palam elektrik.
Tiada USB port disediakan. Namun, USB boleh disambungkan ke GST 10.1 ini dengan menggunakan USB adaptor yang boleh didapati dengan harga RM 109.
Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia: RM 1,899.



4 comments:

  1. huwuwuw kita mampu beli corby je...huwuwu

    ReplyDelete
  2. samsung galaxy note ni mmgla best.tapi kalau nak buat jadi telefon rase janggal.sebab besar. (^_^)
    anyway name awak syaq ke???? beza dgn saya takde huruf "R" je. :P

    ReplyDelete
  3. nurfarahana: haha tak pe corby pun not bad..mak sy pun pkai corby gak

    ReplyDelete
  4. syarg : hahah tp function die same dgn tab tau..yup name sy syaq..tu yg sy terkejut tu ade org hmpr2 same dgn nama sy, perempuan plak tu hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...