Saturday, 31 December 2011

Perbezaan Samsung Galaxy Note dan Tab 10.1


Kemunculan Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada 11.11.11 di Pavilion KL, Queensbay Mall Penang & AEON Tebrau JB  menggamit perhatianku. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tab ini?

Samsung Galaxy Note


Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Note merupakan peranti yang menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet, dengan paparan skrin bersaiz 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. S pen yang disediakan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menulis atau membuat nota di atas skrin, sama seperti menulis nota di buku nota. Bagi yang suka melukis, memang sangat sesuai melukis menggunakan S pen ini.
Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 dengan cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC.
Bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Tetapi, jika menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam. Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas (boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer).
kelebihan samsung galaxy note
Kelebihan Samsung Galaxy Note
Harga Samsung Galaxy Note di Malaysia : RM2,299.

Samsung Galaxy Tab 10.1

samsung galaxy tab 10.1
Samsung Galaxy Tab 10.1 yang cun :D
Samsung Galaxy Tab 10.1 didatangkan dengan Android 3.1 (Honeycomb) OS terkini, paparan 10.1″ WXGA 1280×800 dan pemprosesan 1GHz Dual Core. Walaupun SGT 10.1 tidak mempunyai Microsoft Office, tetapi ia mempunyai Polaris Office untuk menyokong word dokumen termasuk PDF.
SGT 10.1 menggunakan  4000 mAh bateri yang boleh bertahan sehingga 17 jam pada penggunaan biasa. Berbanding dengan Samsung Galaxy Note, SGT menggunakan pengecas berkepala 30 pin yang hanya boleh dicaj jika disambung kepada palam elektrik.
Tiada USB port disediakan. Namun, USB boleh disambungkan ke GST 10.1 ini dengan menggunakan USB adaptor yang boleh didapati dengan harga RM 109.
Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia: RM 1,899.



Friday, 30 December 2011

Windows phone baru di perkenalkan


Beberapa bulan lepas Nokia telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan smartphone yang berasaskan Windows Phone. Namun sehingga hari ini, Nokia masih lagi merahsiakan secara terperinci mengenai smartphone yang dimaksudkan. Windows Phone pertama dari Nokia merupakan smartphone yang mendapat perhatian dunia dan beberapa khabar angin mengenainya telah bertiup kencang dari awal pengumumannya. Baru-baru ini, beberapa laman  antarabangsa berjaya mendedahkan spesifikasi tiga smartphone Nokia ini - Nokia Searay, Sabre dan Ace sebelum persidangan Nokia World pada 26 dan 27 Oktober ini. 

Nokia “Sea Ray”
  • Clear Black Display CBD
  • 8MP AF CarlZeiss
  • 3.7″ skrin AMOLED
  • 16GB memori dalaman
  • 1.4GHz prosessor
  • Sistem Operasi WP7.5 Mango
  • bateri 1540mAh
Nokia “Sabre”
  • Clear Black Display CBD
  • 3.7″  skrin LCD
  • 8GB memori dalaman
  • 5mp AF kamera
  • 1.4GHz prosessor
  • Sistem Operasi WP7.5 Mango
Nokia “Ace”
  • 4.3″ Skrin AMOLED
  • 1800mAh bateri
  • 8mp AF carl zeiss
  • Sistem Operasi WP7.5 Mango
  • HSPA
  • Skrin CBD
  • 1.4 GHz prosessor
  • 16GB memori dalaman
Namun ini bukanlah spesifikasi rasmi dari Nokia dan arenafon masih lagi berusaha memberikan maklumat berguna untuk anda mengenai Windows Phone 7.5 pertama dari Nokia.

15 handphone popular bulan ini..Check it out...Handphone anda berada di tahap mana?



10 laptop tercanggih

10 Laptop Tercanggih Masa Kini

1. Luvaglio seharga $1.000.000

2. Harga laptop ini adalah satu juta dolar . laptop ini hanya ada satu di dunia dan pembeli dapat menyesuaikannya pilihan dari logam mulia, kulit . beberapa fitur yang disuntikkan didalam nya adalah 128 GB solid state drive, MP3 player, yang dibangun di stick USB.2. Tulip E-Go Diamond  notebook termahal
Tulip menggambarkan dirinya sebagai notebook mewah yang paling diinginkan di dunia. harga notebook ini adlah $ 355.000 . krom dan kurva bulat membuatnya mirip tas tangan perempuan. Ia juga memiliki kulit yang terbuat dari kulit.
3. Ego for Bentley
notebook termahal
Harganya sekitar $ 20.000 sebenarnya kinerja dari notebook inipun tidak terlagu tinggi yaitu hanya memiliki CPU 64 bit untuk Vista 64 bit dan 160 GB HDD .
4. Voodoo Envy H:171

Jika Anda ingin laptop.notebook dengan kinerja nyata dan terlihat sesuai gaya Anda, Anda dapat memilih untuk Voodoo yang akan memberikan kinerja yang tinggi dengan prosesor Intel Core 2 Extreme X6800, sebuah chunky 4GB RAM, kembar Nvidia Quadro FX Go 2500M chipset grafis, 1.3MP webcam, dual hard disk 250GB, 7-in-1 memory card reader, dual layer DVD RW dan resolusi tinggi 1920×1200 layar 17 inci. Anda dapat memilih chasis dari 24 warna, notebook ini berharga sekitar $ 8500.
5. Rock Extreme SL8
notebook termahal
Laptop tercepat di dunia. Dengan Intel Core 2 Quad Processor, NVIDIA 9800M GPU di SLI dan mengejutkan 8GB RAM. harganya sekitar $ 5000 yang yang tentunya sebanding dengan kinrerjanya.
6. Alienware Area 51

Siapa bilang bahwa laptop tidak dapat digunakan untuk game hardcore? laptop licin dan bergaya ini menggunakan Intel Core 2 Extreme teknologi dan paket di NVIDIA ® GeForce ® 9800M GT dalam konfigurasi SLI ® dengan dual GPU sampai 1GB memori khusus. Penyimpanan 1TB ini memiliki kecepatan tinggi dalam RAID 0 konfigurasi dan pilihan penyimpanan lain dengan cerdas. Sistem ini sarat dengan Vista dan Anda dapat merekam HD TV dan film dengan penggunaan TV Tuner. Produk inidujual dengan harga sekitar $ 5000.
7. Lenovo ThinkPad W700DS

Selain memiliki layar 17 inci normal laptop ini juga memiliki layar/LCD sekunder yang terletak di tarik keluar bagian layar utama dan dapat digunakan dalam program-program seperti Excel dan CAD untuk grafik dan angka. Laya dapat digunakan untuk menampilkan aplikasi seperti Skype atau instant messenger. NOTEBOOK ini dikemas dengan QX9000 2,53 GHz Core 2 Quad Extreme, RAM 4GB, dual 250GB 5200rpm hardrives dan dijual sekitar $ 4500.
8. Toshiba Qosmio G35-AV660

laptop HD DVD Dengan 2,0 GHz Core 2 Duo, 2GB RAM, 240GB HDD RAID 0 dan Nvidia GeForce Go 7600, itu adalah komputer bagus selain menjadi HD DVD player yang baik dengan 17 inci (1920 × 1200) . harganya sekitar $ 3.500 , dengan uang sebesar itu anda sudah bsia memiliki laptop hiburan yang bagus.
9. Dell M6400

Notebook Dell ini adalah notebook dengan tenaga listrik yang nyata. menggunakan Intel Core 2 Duo Quad Core Extreme Edition prosesor untuk analisis kompleks dan menawarkan 16GB memori DDR3 1066MHz cepat untuk set data yang besar dan memiliki memori grafis 1GB. Laptop kinerja tinggi ini dapat diperoleh dengan harga yang terjangkau yaitu sekitar $3000.
10. Acer Ferrari 1100

Acer Ferrari terlihat super dibangun dengan sebuah ultralight, memakai chasis serat karbon-tahan. Untuk spesifikasi telah disematkan MAD Turion X2 Dual-Core CPU, 4GB RAM dan WiFi draft-n yang akan membuat Anda mendapatkan kinerja secepat Ferrari.notebook ini dihargai sekitar $ 3000.

Thursday, 29 December 2011

Google Memudahkan Pembelajaran Pembangunan Aplikasi Melalui Android Training


Teknologi Terkini
android prof Google Memudahkan Pembelajaran Pembangunan Aplikasi Melalui Android Training
Dalam usaha untuk terus menarik pembangun membangunkan aplikasi untuk Android, kini Google memperkenalkan salah satu perkhidmatan baru mereka, dinamakan sebagai Android Training. Melaluinya, ia mengumpulkan pelbagai koleksi tutorial dan juga kelas pembelajaran secara berperingkat, membolehkan anda membangunkan aplikasi Android yang lebih baik dengan mudah.
 
Melalui pelbagai kelas yang disediakan, masing-masing membawakan topik tersendiri, membolehkan anda menyertakan sesuatu fungsi khas pada aplikasi anda, selain turut didatangkan dengan beberapa kod contoh untuk digunakan pada aplikasi anda kelak.
Dengan perkara ini mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi dibangunkan untuk platform Android, selain pada masa yang sama mungkin juga kita akan dapat melihat lebih ramai pembangun muda lahir hasil daripada rujukan yang disediakan Google ini.
 

Infografik: Prestasi Terkini Android Market


Seperti yang anda mungkin sudah tahu, Promo 10 Bilion sudah bermula minggu ini, dan pasukan pembangun Android telah mempamerkan beberapa maklumat yang penting dalam bentuk infografik untuk prestasi Android Market.

Infografik ini diambil kira hingga hari ke-2 promo besar-besaran Android Market tersebut, dan melihatkan negara jiran kita Singapura adalah antara pengguna Android yang aktif membeli sepanjang Android Market telah wujud, bagaimana dengan anda rakyat Malaysia?

Wednesday, 28 December 2011

FALSAFAH TERSIRAT

aku berada disini,kerana tiada kesejahteraan dalam diriku,
sehinggalah aku bersemuka dengan diriku sendiri
akhirnya dalam mata dan hati orang lain aku dalam pelarian
sehinggalah aku memujuk mereka berkongsi rahsia-rahsia ku,
aku tidak akan terselamat daripadanya,takut dikenali
aku tidak dapat mengenali diriku sendiri ataupun orang lain,
aku akan keseorangan, dimanakah dapat ku temui cermin yang sebegitu rupa,
kalau tidak di dataran milik kita bersama ini,
bersama-sama akhirnya aku dapat menjelma dengan jelas bukan sebgai gergasi dalam mimpi-mimpiku,
atau sikedil dalam ketakutan ku,tetapi sebagai sebahagian daripada insan yang berkongsi satu tujuan,
di dataran milik kita bersama ini,aku dapat menunjang akar ku dan membesar, tiada lagi keseorangan,
bagaikan dalam kematian, tetapi hidup untuk diri ku dan orang lain.

ANDROID ?????




Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.Android di namakan mengikut nama-nama jenis makanan pemanis seperti honeycomb, ice cream sandwich dan sebagainya.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Sony Ericsson , Samsung , dan sebagainya.

Mari lihat sejarah android dibawah ini:


Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),
1.5 – cupcake (30 April 2009),
1.6 – donut (15 September 2009),
2.1 – eclair (26 October 2009),
2.2 – froyo (20 May 2010),
2.3 – gingerbread (6 December 2010),
3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.

Pendek kata, android ni adalah operation system (OS), macam nokia pakai symbian, tapi android lagi best la! Jadi daripada menghabiskan duit untuk bergaya dengan iPhone, Blackberry etc, dapatkan sahaja android gadget,sekarang pun harga handphone yang mempunyai android dah tak mahal sangat  aplikasi dia pun sangat banyak dan juga speed internet yang bagus.

berita terkini SBPA

JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA

Bernama
28/12/2011



PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.

Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.

Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.

Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.

Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...