Powered By Blogger

Wednesday 28 December 2011

ANDROID ?????




Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.Android di namakan mengikut nama-nama jenis makanan pemanis seperti honeycomb, ice cream sandwich dan sebagainya.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Sony Ericsson , Samsung , dan sebagainya.

Mari lihat sejarah android dibawah ini:


Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),
1.5 – cupcake (30 April 2009),
1.6 – donut (15 September 2009),
2.1 – eclair (26 October 2009),
2.2 – froyo (20 May 2010),
2.3 – gingerbread (6 December 2010),
3.0 – Honeycomb (22 February 2011)

dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.

Pendek kata, android ni adalah operation system (OS), macam nokia pakai symbian, tapi android lagi best la! Jadi daripada menghabiskan duit untuk bergaya dengan iPhone, Blackberry etc, dapatkan sahaja android gadget,sekarang pun harga handphone yang mempunyai android dah tak mahal sangat  aplikasi dia pun sangat banyak dan juga speed internet yang bagus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...