Powered By Blogger

Thursday 29 December 2011

Google Memudahkan Pembelajaran Pembangunan Aplikasi Melalui Android Training


Teknologi Terkini
android prof Google Memudahkan Pembelajaran Pembangunan Aplikasi Melalui Android Training
Dalam usaha untuk terus menarik pembangun membangunkan aplikasi untuk Android, kini Google memperkenalkan salah satu perkhidmatan baru mereka, dinamakan sebagai Android Training. Melaluinya, ia mengumpulkan pelbagai koleksi tutorial dan juga kelas pembelajaran secara berperingkat, membolehkan anda membangunkan aplikasi Android yang lebih baik dengan mudah.
 
Melalui pelbagai kelas yang disediakan, masing-masing membawakan topik tersendiri, membolehkan anda menyertakan sesuatu fungsi khas pada aplikasi anda, selain turut didatangkan dengan beberapa kod contoh untuk digunakan pada aplikasi anda kelak.
Dengan perkara ini mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi dibangunkan untuk platform Android, selain pada masa yang sama mungkin juga kita akan dapat melihat lebih ramai pembangun muda lahir hasil daripada rujukan yang disediakan Google ini.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...