aku berada disini,kerana tiada kesejahteraan dalam diriku,
sehinggalah aku bersemuka dengan diriku sendiri
akhirnya dalam mata dan hati orang lain aku dalam pelarian
sehinggalah aku memujuk mereka berkongsi rahsia-rahsia ku,
aku tidak akan terselamat daripadanya,takut dikenali
aku tidak dapat mengenali diriku sendiri ataupun orang lain,
aku akan keseorangan, dimanakah dapat ku temui cermin yang sebegitu rupa,
kalau tidak di dataran milik kita bersama ini,
bersama-sama akhirnya aku dapat menjelma dengan jelas bukan sebgai gergasi dalam mimpi-mimpiku,
atau sikedil dalam ketakutan ku,tetapi sebagai sebahagian daripada insan yang berkongsi satu tujuan,
di dataran milik kita bersama ini,aku dapat menunjang akar ku dan membesar, tiada lagi keseorangan,
bagaikan dalam kematian, tetapi hidup untuk diri ku dan orang lain.
Wednesday, 28 December 2011
ANDROID ?????
Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.Android di namakan mengikut nama-nama jenis makanan pemanis seperti honeycomb, ice cream sandwich dan sebagainya.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Sony Ericsson , Samsung , dan sebagainya.
Mari lihat sejarah android dibawah ini:
Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),
1.5 – cupcake (30 April 2009),
1.6 – donut (15 September 2009),
2.1 – eclair (26 October 2009),
2.2 – froyo (20 May 2010),
2.3 – gingerbread (6 December 2010),
3.0 – Honeycomb (22 February 2011)
dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.
Pendek kata, android ni adalah operation system (OS), macam nokia pakai symbian, tapi android lagi best la! Jadi daripada menghabiskan duit untuk bergaya dengan iPhone, Blackberry etc, dapatkan sahaja android gadget,sekarang pun harga handphone yang mempunyai android dah tak mahal sangat aplikasi dia pun sangat banyak dan juga speed internet yang bagus.
berita terkini SBPA
JPA, CUEPACS LAKUKAN BEBERAPA PINDAAN SEGERA TAMBAH BAIK SBPA
Bernama
28/12/2011
28/12/2011
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
"Taklimat ini melihat cadangan CUEPACS ada yang diterima dan ada yang dikaji semula. Kami berasa lega kerana berjaya mencapai satu keputusan bersama dalam SBPA," katanya kepada pemberita di lobi pejabat JPA.
Terdahulu, Omar bersama pemimpin dan ahli majlis CUEPACS menghadiri taklimat yang memberi gambaran terperinci berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan ini.
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan CUEPACS dan JPA segera berunding bagi menyelesaikan isu itu.
Omar berkata CUEPACS menerima SBPA dan menyarankan penjawat awam menandatangani surat tawaran JPA.
Beliau juga berkata JPA dan CUEPACS setuju mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan bagi membuat semakan dan kajian menyeluruh untuk menambah baik SBPA.
Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
Monday, 26 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)



